Akhir hayat dan kemangkatan Tunku Abdul Jalil

Almarhum Tunku Abdul Jalil dikhabarkan telah bertarung dengan penyakit kanser hatinya yang berada pada tahap empat sejak Ogos 2014[2]. Ketika kemangkatan almarhum, seluruh kaum kerabat Diraja Johor berada di sisi almarhum. Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah ketika berusia 25 tahun. Pengumuman berkenaan kemangkatan almarhum telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli[3].